Thursday, March 25, 2004

OH TUHAN... ALONG BUKAN DARAH DAGINGKU! - SIRI 85

TINGKAT 8 Hospital Universiti Ryukyus itu agak kecoh dengan gelagat kerianganku. Aku gembira kerana tubuh yang keras kejung diselimuti kain putih itu bukan tubuh Along. Suamiku pun turut gembira dengan kesahihanku tentang tanda lahir itu.

"Saya yakin, naluri saya betul bang..."
"Alhamdulillah..." kata suamiku perlahan.
Tetapi doktor yang di bajunya tertulis Dr. Hida itu kelihatan serius. Berkali-kali dia menyakinkan itu adalah Along. Suasana hospital yang kembali hening itu menjerut hatiku. Kakiku terasa longlai semula apabila doktor ingin membuat ujian DNA.

"Tapi bang..."
"Sayang, biarlah mereka lakukan ujian itu. Untuk kebaikan, tak mengapa."
"Tapi tak boleh... saya tak boleh jalani DNA untuk pengesahan Along. Abang saja seorang yang boleh...." Kataku jujur, dengan harapan suami memahami perasaanku ketika itu.
"Eh... tapi..." Kata suami teragak-agak.
Aku mengeluh panjang dan kesal dengan situasi itu. Akhirnya aku terpaksa berkata perlahan... "Abang, Along bukan darah daging saya... dia bukan anak kandung saya...!" Hibaku semakin panjang. Aku menangis dan merebahkan kepala ke bahu suamiku...

Wednesday, March 24, 2004

TANDA LAHIR ITU TAK ADA! - SIRI 84

AKU tak percaya dengan apa yang terpandang depan mata! Benarkah di hadapanku ini Along? Benarkah sekujur tubuh yang kaku berselimut kain putih ini tubuh Along? Naluriku berperang antara realiti depan mata dan naluri seorang ibu. Aku beristighfar beberapa kali sambil tangan suami kugenggam erat. Dapat kurasakan gigilan tubuhnya dan esak nafasnya menahan pilu.

Nama yang tercatat di katil itu adalah nama Along. Ejaannya betul. Tetapi sebagai seorang ibu, aku tahu wajah itu bukan wajah Along walaupun bentuk muka itu agak sembab, mungkin kerana lama dalam air atau mungkin kerana ubat-ubatan. Itu bukan. Aku menjerit dan menggeleng. Bukan! Bukan! Ini bukan Along!

"Sayang... betulkah?" Suamiku menyoal. Dia seperti mendapat kekuatannya kembali.
"Abang saya kenal anak saya, ini bukan Along! Bukan!"
Dua orang jururawat yang sama-sama mengelilingi katil itu berpandangan sesama sendiri. Seorang doktor tiba-tiba datang. Suamiku menerangkan apa maksudku. Tetapi doktor itu sukar untuk menerima penjelasan suamiku. Dia asyik membandingkan nama Along di kepala katil dengan salinan laporan kesihatan dalam failnya itu.
"Abang... saya tau ini bukan Along! Saya nak cari Along, dia bukan di sini. Dia di tempat lain." Aku mula nanar.
"Sayang sabarlah... biar doktor buat DNA. Kita boleh mintak..."
Tiba-tiba aku teringat... "Abang! Saya ingat. Saya tahu Along ada tanda lahir!"
"Okey, sekarang sayang gunakan tanda lahir tu untuk kesahihan." Kata suamiku sambil meminta kebenaran doktor.

Tak perlu menanti izin doktor, dengan bacaan Bismillah perlahan-lahan kusingkap kain putih yang menyelubungi tubuh itu. Sasaranku ialah di bahagian paha kanan. Aku tahu Along ada tanda lahir sebesar duit lima puluh sen di situ.

Tidak ada! Tanda lahir itu tak ada!
"Abang! Ini bukan Along!" Aku menjerit sakan sambil merangkul tubuh suami. Aku melolong gembira bagaikan hospital itu milikku. Dua orang jururawat dan doktor berbangsa Jepun itu memandang sesama mereka dengan dahi berkerut.


Sunday, March 14, 2004

ALLAH LEBIH MENYAYANGI MU ALONG --- Siri 82

SEBAIK menjejakkan kaki di balai ketibaan, nama kami telah terpampang diperagakan oleh gadis Jepun yang menunggu kami. Pasti benar, tidak ada seorangpun wajah-wajah yang kukenali di balai ketibaan ini. Tiada seorangpun wakil dari kerajaan Malaysiab di sini rupa-rupanya. Setelah memperkenalkan diri, kami mengikuti gadis ini ke sebuah kereta yang sedia menunggu. Sengaja aku memberanikan diri bertanya dalam bahasa Jepun ku yang sudah berkarat. dochirai? dia tersenyum dan menjawab sepatah byoin. Fahamlah aku yang kami akan dibawa ke hospital.

Urusan gadis itu selesai dan tugas berikutnya diambil alih oleh pemandu limosin. Seorang lelaki Jepun hampir sebaya dengan aku. Terasa seolah-olah aku pernah berjumpa dengannya, tetapi entah di mana. Entah di alam mimpi atau di alam nyata. Ah....... ini Okinawa, bisik hatiku, semua lelakinya kelihatan sama sahaja.

"Silakan" katanya. Kami berpandangan, terkejut kerana Jepun ini bertutur bahasa Melayu. Nasib baik kami tidak bercakap apa-apa mengenainya sebelum ini. "Awak boleh bercakap Melayu"?

"Oh ya, nama saya Kasahara. Isteri saya orang Melayu dari Malaysia, kerja dengan US Army di kem Foster, di Okinawa ini"


Cerita mengenai wanita Melayu dari Malaysia yang berjawatan komander dalam US Army di Okinawa ini pernah aku dengar lama dulu. Ramai peserta kursus dari Malaysia di Okinawa International Centre (OIC) atau universiti Ryukyus yang boleh melawat masuk ke kem-kem US ini dengan pertolongan beliau. Namun aku tidak pernah berpeluang untuk bertemu dengan dia semasa aku beberapa kali berkursus di sini.

Perjalanan sejauh kira-kira 40km ke hospital Universiti Ryudai terlalu jauh rasanya. Okinawa tidak banyak berubah setelah lebih suku abad aku meninggalkannya. Bangunan-bangunannya masih seperti dulu, tidak banyak yang tinggi. Cuma jika dulu tiada keretapi di pulau ini, sekarang sudah ada kemudahan monorel.

Tiba di bangunan hospital setinggi sepuluh tingkat ini, hatiku mula berdebar-debar. Apakah yang terjadi kepada Along?. Adakah dia selamat?.

Setelah mendapatkan pas khas, kami dibawa oleh pengawal hospital ke tingkat 8 hospital universiti Ryukyus ini kelihatan hening sekali. Tiada pelawat di sini kerana memang belum tiba masanya. Melintasi beberapa bilik dan katil pesakit di sini membuatkan kaki terasa longlai. Akhirnya tiba di bilik paling hujung, aku terhenti. Suasana begitu berbeda dengan mimpiku semasa dalam penerbangan. Ketika itu kulihat Along masih mampu mmeberikan senyuman. Lantas aku yakin yang Along akan selamat, Along pasti selamat. Itulah yang ku khabarkan pada isteriku semasa dalam pesawat tadi.

Namun kini segalanya adalah bertentangan, semuanya berbeza. Di bilik yang terpampang nama Along ini, kuperhatikan ada bebrapa orang mengelilingi katil yang menghadap kepada satu jasad yang terbujur kaku. Alongkah itu?. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Along telah pergi sebelum ketibaan kami?. Innalillah.....

Monday, March 01, 2004

MADU ITU MANIS --- Siri 81

DI SAAT ini barangkali Souraya sudah tiba di Malaysia. Mudah-mudahan Eyes dapat membantunya sepertimana yang diminta. Eksekutif IT ini nampaknya boleh diharap, dan sememangnya aku mengharapkannya untuk melaksanakan misi kali ini. Moga-moga Eyes akan dapat menemukan Souraya dengan Haji Salim di Putrajaya. Semoga segala penantian Souraya selama ini akan mendapat jawapannya. Kesian Souraya, kedatangannya ke Malaysia tidak dapat ku sambut, tidak dapat ku layan. Kesian Eyes, terpaksa membuat kerja tambahan, melayan Souraya, membantu Souraya. Kesian Roslan, kena tindakan mahkamah gara-gara ingin menyelamatkan bos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Kesian Angah, terpaksa tinggal berdua dengan Acik di rumah. Jika kami lama di Okinawa, mungkin Angah terpaksa memohon ke IPTA sendiri setelah keputusan SPM keluar nanti. Kesian Angah. Kesian Along, entah apa sebenarnya yang terjadi. Aku pasrah dan telah bersedia menerima apa sahaja suratan takdir. Kesian kepada isteri ku, tidak pasal-pasal terpaksa terheret dalam kancah ini, kemelut begini. Wajah ayu yang terlentuk di sisiku ini nampaknya tidak tenang tidurnya. Mungkin terkenangkan seseorang agaknya. Kesiannya dia.

Dalam berkira-kira untuk menambah darjah kesian kepada insan-insan lain, tetiba aku disedarkan oleh tangan halus pramugari yang sedang membetulkan tempat dudukku kerana pesawat akan mendarat. Di sebelah, dia masih lagi terlentuk sayu.

"Sayang….. cukuplah tu, kapalterbang akan mendarat sebentar lagi"

"Kita dah sampai ke destinasinya?"
"Belum sayang…. Kita mendarat untuk transit di Taipei. Mana ada penerbangan terus KUL ke OKA"

"Oh ya ka?. Nampaknya abang dah hafal semua kod lapangan terbang?"

"Hampir semua kod lapangan terbang di dunia abang dah hafal. Inilah satu daripada ToT yang abang dapat selama setahun dipinjamkan bekerja dengan XYBASE, company bumiputera yang menerajui aplikasi lapangan terbang secanggih company antarabangsa".

Semoga dengan mengubah topik perbincangan, dia akan melupakan sebentar apa yang terbuku di hati dan terkumpul di minda. Namun harapanku musnah, doaku tidak termakbul. Kami hanya dapat mesra seketika. Di lapangan terbang Chiang Kai-Shek ini kami tidak sekata lagi. Gara-gara sekeping nota yang sudah lusuh lunyai, kononnya ditulis oleh Eyes.

Jika ingin diungkitkan tentang ketidapuashatian, rasanya aku dapat mengarang sebuah novel seribu muka mengenai rasa hatiku, mengenai perasaan dukaku, mengenai harapan tidak tercapaiku mengenai isteri yang seorang ini. Namun sebagai suami isteri, untuk apa perkara-perkara sedemikian diungkit?. Untuk apa ia diceritakan?. Apa faedahnya menyimpan sangsi, apa gunanya ada dendam antara suami isteri?. Inilah yang benar-benar aku kesalkan, benar-benar aku tidak faham dengan sikap seorang perempuan bernama isteri.

Bisikan-bisikan selalu sahaja datang ketelinga dan ke mindaku supaya berkahwin lagi satu. Barulah dapat diketahui apa erti sebenar sebuah kehidupan. Benar sebagaimana ditulis oleh Awang Selamat, bahawa poligami itu bukan hanya untuk orang berada, bukan Cuma untuk orang kaya. Poligami juga bukanlah suatu yang dirancang, bukan merupakan cita-cita lelaki dan andainya orang lelaki tidak berusaha menolak desakan supaya berkahwin lagi, nescaya bilangan poligami di Malaysia ini telah bertambah tiga kali ganda. Namun melihatkan wajah mencuka yang tidak tentu pasal ini, mungkin satu-satunya cara aku mendamai jiwa ialah dengan menghadiahkanya dengan madu. Memang benar, madu adalah sebaik-baik ubat.



| penyumbang |


Sri Diah
mba
Rudy Bluehikari

Kami Member GEJU


Bantuan Teknikal: cnma
JAD Versi Palm oleh: Ibnu Arif


Download Palm Reader(versi Palm, PPC, PC, Mac)
Download JAD dlm format pdf


kemaskini blog

eNOVEL Jangan Ada Dendam
Berapa Kerap JAD Perlu Dikemaskini?

Setiap Hari
2-3 kali seminggu
seminggu sekali
sekali-sekala

 | arkib |


Pengenalan

Siri 1   -   Siri 2   
Siri 3   -   Siri 4   
Siri 5   -   Siri 6   
Siri 7   -   Siri 8   
Siri 9   -   Siri 10  

Siri 11  -   Siri 12  
Siri 13  -   Siri 14  
Siri 15  -   Siri 16  
Siri 17  -   Siri 18  
Siri 19  -   Siri 20  

Siri 21  -   Siri 22  
Siri 23  -   Siri 24  
Siri 25  -   Siri 26  
Siri 27  -   Siri 28  
Siri 29  -   Siri 30  

Siri 31  -   Siri 32  
Siri 33  -   Siri 34  
Siri 35  -   Siri 36  
Siri 37  -   Siri 38  
Siri 39  -   Siri 40  

Siri 41  -   Siri 42  
Siri 43  -   Siri 44  
Siri 45  -   Siri 46  
Siri 47  -   Siri 48  
Siri 49  -   Siri 50  

Siri 51  -   Siri 52  
Siri 53  -   Siri 54  
Siri 55  -   Siri 56  
Siri 57  -   Siri 58  
Siri 59  -   Siri 60  

Siri 61  -   Siri 62  
Siri 63  -   Siri 64  
Siri 65  -   Siri 66  
Siri 67  -   Siri 68  
Siri 69  -   Siri 70  

Siri 71  -   Siri 72  
Siri 73  -   Siri 74  
Siri 75  -   Siri 76  
Siri 77  -   Siri 78  
Siri 79  -   Siri 80  

Siri 81  -   Siri 82  
Siri 83  -   Siri 84  
Siri 85  -   Siri 86  
Siri 87  -   Siri 88  
Siri 89  -   Siri 90  

November 2003
December 2003
January 2004
February 2004
March 2004
April 2004
May 2004
August 2004
October 2004
April 2005
May 2005
August 2006

| buku tetamu |

Visit my Guestbook!

| penafian |

semua tulisan di sini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

| tagboard |

Powered by TagBoard
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Your E-mail: