Thursday, October 28, 2004

RAJUK - SIRI 95

Segala-galanya drastik. Entah mengapa sejak kejadian itu, aku seperti merajuk dengan Mak dan Abah. Sejurus selepas pulang dari Okinawa, aku segera meminta kebenaran Mak dan Abah untuk mendirikan rumahtangga. Gadis yang kutemui dalam penerbangan ke Okinawa sebelum kejadian itu, benar-benar mencuit perasaan kelakianku. Keayuannya terserlah, meski benakku masih tersisa memori indah bersama Nahoko.

Mak ada meminta aku tinggal dengan mereka selepas mendirikan rumah tangga dengan Insyirah, gadis pilihanku. Rumah yang Abah bina sangat besar. Bilik yang kudiami itu sudah seluas master bedroom. Tapi atas alasan mahu berdikari, aku minta Mak dan Abah merestui kehendak aku. Mak percaya alasan aku yang mahu mencari pengalaman hidup membina mahligai rumah tangga dengan kudrat sendiri. Aku tahu Mak sendu dengan keputusanku.

"Abang, jomlah balik rumah Mak. Lama dah kita tak balik jenguk Mak Abah", pujuk isteriku berkali-kali.

"Abang busy lah sayang", bisikku memberi alasan.

"Busy busy busy. Abang tak sayang ke dengan Mak dan Abah? Sindir isteriku." Sejak kita pindah ni sekali jer kita balik jumpa Mak dan Abah"

"Humm...."

"Kalau macam tu, biar Syirah balik sendiri. Syirah rindu dengan Mak dan Abah. Dahlah Syirah tak ada Mak dan Ayah lagi kat dunia ni. Mereka tulah pengganti Mak dan Ayah Syirah yang dah lama pergi"

Sedu sedan tangisan isteriku langsung tidak mencairkan perasaanku. Aku tahu aku tak sewajarnya bersikap begitu. Lagi-lagi dalam keadaan Insyirah berbadan dua ketika ini.

Keras sangatkah hatiku? Insyirah seperti sudah berputus-asa memujukku. Rajuknya kadang-kadang hingga menyebabkan dia balik sendiri ke rumah Mertuanya tanpa kehadiran aku. Ya, aku akui, akui semakin jauh dengan Mak dan Abah. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Merajukkah aku dengan status aku yang baru kuketahui sejak peristiwa hitam itu?

Sunday, October 10, 2004

SEMANGAT YANG HILANG - SIRI 94

HARI ini aku pulang awal ke rumah. Anak-anak menyambutku dengan teriakan manja mereka dan itulah yang melapangkan dadaku daripada beban kerja di pejabat. Kepenatan hilang serta merta. Rasa tertekan segera terbang melayang entah ke mana. Pergilah..! Pergilah...! Aku mahu rehat yang sepenuhnya di sisi keluarga. Aku rindukan gelak tawa anak-anak dan sindir tawa suami.

Sebenarnya ada perkara penting yang hendak kuberitahu pada suami dan anak-anak. Tunggulah, perkahabaran itu akan kusampaikan ketika makan malam nanti. Sementara itu biarlah ia menjadi rahsia. Yang penting aku mesti ke dapur dulu, keluarkan bahan yang hendak dimasak.

"Malam ni mak masak best-best ya!" Kata Angah, mengekori langkah kakiku ke dapur. "Selama Angah cuti ni sekali dua saja dapat rasa masakan mak!"
"Selama ni mak masak tak best ke?"
Angah sengih. Acik asyik dengan komiknya.
"Mana abah?"
"Eh, baru mak ingat nak tanya pasal abah?" Sindir Angah.
"Ha.. ha.. ha.. tu pun nasib baik mak teringatkan abah kamu!'
Angah menunjukkan jari telunjuknya ke bibir. "Mak ni, tak baik tau! Biasalah, abah bertapa dalam bilik!" Kemudian dia berlari pantas ke arah Acik, mengacau adiknya pula.

Kata-kata Angah itu membuatkan langkah kakiku jadi perlahan. Semenjak keputusan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) diumumkan, sikap suami yang selama ini tak banyak cakap menjadi semakin pendiam. Mungkinkah dia jadi begitu kerana keputusan peperiksaan itu? Sikap dedikasinya nampak menurun, dia nampak tak bersemangat ke tempat kerja sedangkan dia baru sahaja naik pangkat! Atau mungkin dia tak selesa dengan pangkat itu? Ya... dia pernah mengadu beban kerjanya bertambah.

Bunyi senyap di dalam bilik, memungkinkan suami sedang tidur. Tetapi tatkala pintu bilik kukuak perlahan kelihatan suami sedang bermenung di tepi tingkap, melihat kejauhan, tentunya ke jalanraya di luar sana. Tanpa niat mengejutkan dia, kuletak beg kerja perlahan-lahan. Dia menoleh sekali, menyedari kepulanganku. Tetapi reaksinya bersahaja... tidak mengalu-alukan kepulanganku!

"Letih?" Soalku. Melangkah perlahan di sebelahnya.
"Dah lama balik?" Soalnya semula.
Suaraku sengaja kulembutkan, "hairan ya saya balik awal?"
"Dah lali... dah bertahun-tahun macam ni." Komennya datar.
"Ini normallah bang, saya bukan orang gomen. Penilaian saya setiap bulan, bukan setiap tahun. Kalau tidak cekap, anytime orang lain boleh ganti tempat saya. Saya tak rela ketinggalan... abang kena supportlah," kataku memberi alasan.
"Apa selama ni saya tak support ke?"
"Cukup support, thanks!"
Tiba-tiba suami mengeluh panjang.
"Sebenarnya saya rasa macam nak pencen. Saya dah letih!"
"Hah?" Aku tersentak, tangan suami kuraih dan kami duduk di birai katil.
Ini bukan kali pertama dia bercakap begitu, tetapi selalunya dia terima dengan yakin ideaku.
Tapi kali ini hal ini terjadi lagi...

Monday, October 04, 2004

ADA DURI DALAM DAGING - SIRI 93

SEMENJAK dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan baru, semenjak berada di tempat baru, semenjak Along sudah kembali ke pangkuan keluarga, semenjak akhir-akhir ini, hidup aku semakin bercelaru. Dulunya aku adalah seorang pegawai yang berdedikasi. Dulunya aku adalah seorang pegawai yang cekap dan bersemangat. Tapi itu dulu, kini ia hanya tinggal sebagai sebuah cerita sejarah. Mungkinkah kerana keputusan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) yang menjadikan aku begini?. Mungkinkah kerana suasana di tempat baru yang membuatkan aku bagaikan kena buli?. Mungkinkah kehadiran Along semula yang membuatkan aku serba tidak kena?. Mungkinkah pangkat yang aku sandang kini terlalu berat untuk kujunjung?. Aku masih mencari-cari jawapan kepada semua persoalan ini.

Sudah banyak kali aku merasai yang keluarga aku ini agak pelik dan tidak normal. Apa tidaknya, bagi aku tempat suami ialah di pejabat dan isteri adalah di rumah. Jika kedua-duanya bekerja sekalipun, sepatutnya suami di syarikat swasta dan isteri di pejabat kerajaan. Sebabnya umum mengetahui bahawa beban kerja di syarikat swasta adalah beberapa kali lebih memerlukan perhatian daripada di sektor awam. Aku berpendapat adalah tidak normal bila suami pulang ke rumah jam 5 sedangkan isteri hanya tiba jam 10 malam paling awal. Aku tidak dapat menerima keadaan begini. Namun sudah berpuluh tahun itulah rutin kami.

[bersambung .... ada hal kejap]

| penyumbang |


Sri Diah
mba
Rudy Bluehikari

Kami Member GEJU


Bantuan Teknikal: cnma
JAD Versi Palm oleh: Ibnu Arif


Download Palm Reader(versi Palm, PPC, PC, Mac)
Download JAD dlm format pdf


kemaskini blog

eNOVEL Jangan Ada Dendam
Berapa Kerap JAD Perlu Dikemaskini?

Setiap Hari
2-3 kali seminggu
seminggu sekali
sekali-sekala

 | arkib |


Pengenalan

Siri 1   -   Siri 2   
Siri 3   -   Siri 4   
Siri 5   -   Siri 6   
Siri 7   -   Siri 8   
Siri 9   -   Siri 10  

Siri 11  -   Siri 12  
Siri 13  -   Siri 14  
Siri 15  -   Siri 16  
Siri 17  -   Siri 18  
Siri 19  -   Siri 20  

Siri 21  -   Siri 22  
Siri 23  -   Siri 24  
Siri 25  -   Siri 26  
Siri 27  -   Siri 28  
Siri 29  -   Siri 30  

Siri 31  -   Siri 32  
Siri 33  -   Siri 34  
Siri 35  -   Siri 36  
Siri 37  -   Siri 38  
Siri 39  -   Siri 40  

Siri 41  -   Siri 42  
Siri 43  -   Siri 44  
Siri 45  -   Siri 46  
Siri 47  -   Siri 48  
Siri 49  -   Siri 50  

Siri 51  -   Siri 52  
Siri 53  -   Siri 54  
Siri 55  -   Siri 56  
Siri 57  -   Siri 58  
Siri 59  -   Siri 60  

Siri 61  -   Siri 62  
Siri 63  -   Siri 64  
Siri 65  -   Siri 66  
Siri 67  -   Siri 68  
Siri 69  -   Siri 70  

Siri 71  -   Siri 72  
Siri 73  -   Siri 74  
Siri 75  -   Siri 76  
Siri 77  -   Siri 78  
Siri 79  -   Siri 80  

Siri 81  -   Siri 82  
Siri 83  -   Siri 84  
Siri 85  -   Siri 86  
Siri 87  -   Siri 88  
Siri 89  -   Siri 90  

November 2003
December 2003
January 2004
February 2004
March 2004
April 2004
May 2004
August 2004
October 2004
April 2005
May 2005
August 2006

| buku tetamu |

Visit my Guestbook!

| penafian |

semua tulisan di sini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

| tagboard |

Powered by TagBoard
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Your E-mail: