Tuesday, August 31, 2004

MENDUNG DI RUMAH PANAS TERIK DI PEJABAT - SIRI 92

SUATU perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah hidupku, atau mungkin dalam perkhidmatan sesiapa juga telahpun berlaku. Dalam tiga bulan ini aku telah bekerja di tiga buah pejabat dengan tiga kementerian yang berbeza. Setelah pejabat lama terpaksa berpindah ke Putrajaya, aku memohon untuk dikecualikan daripada berpindah kerana acik masih bersekolah di Kuala Lumpur dan pejabat isteriku tidak mungkin ikut berpindah ke Putrajaya. Dipendekkan cerita permohonan ini diluluskan dan aku ditukarkan ke jabatan lain di luar Putrajaya. Belum lagi sempat melapor diri ke pejabat baru, terpaksa bergegas ke Okinawa kerana bencana yang menimpa Along. Setelah kes Along selesai, rasa-rasanya aku ingin terus menabur bakti sehingga ke hari bersara di jabatan baru ini, namun harapan hanya tinggal harapan sahaja. Perkhidmatan di situ hanya mencecah 59 hari sahaja aku ditukarkan pula ke sebuah kementerian lain kerana dinaikkan pangkat.

Sebenarnya tidak ramai insan, termasuklah aku sendiri yang menyedari bahawa ujian terbesar yang biasanya paling sukar dilepasi ialah ujian dengan kemewahan dan kesenangan. Rupa-rupanya ujian pemberian pangkat ini datang bersama dengan rintangan lain. Khabarnya di sini budaya kerjanya adalah terlalu asing dan jawatan ini sebenarnya adalah terlalu berat untuk kupikul. Dalam usia yang talah hampir dengan persaraan ini, sepatutnya aku lebih berhemah, lebih berhati-hati, bekerja dengan cekap tanpa mengabaikan kesihatan diri. Budaya karaoke, mesyuarat di sebelah malam dan segala-galanya dibuat seolah-olah tiada esok hari, adalah keterlaluan untuk seseorang yang inginkan kedamaian dalam hidup. Namun aku seolah-olah terpaksa menghadapi itu semua.

Along kini sudah kembali bekerja, isteriku juga sudah nampak pulih dari pelbagai kejutan yang tidak disangka-sangka semasa di Okinawa. Namun hanya aku sahaja yang belum sempat duduk dan bersemuka dengan semua ahli keluarga. Arus keadaan yang kelihatan tenang tanpa ombak ini sebenarnya perlu diharungi untuk mempastikan tidak berlakunya gelombang besar dalam keluarga kami. Namun masa sentiasa tidak menyebelahi aku. Permohonan cuti sentiasa tidak dapat diperakukan kerana orang baru tidak dibenarkan bercuti langsung di sini. Budaya kerja baru perlu teliti dan diamalkan. Keluar pejabat selepas Subuh dan pulangnya hampir dinihari sudah menjadi rutin harian kerjaku. Hari minggu juga terpaksa melakukan urusan pejabat.

Apa yang dapat melegakan sedikit ketegangan mencari rezeki di pejabat baru ini mungkin tentang stafnya. Ada kalanya aku terlupa bahawa aku adalah seorang suami dan bapa kepada beberapa orang anak …

Friday, August 27, 2004

MELIHAT KE DALAM DIRI - SIRI 91

TRAGEDI yang menimpa Along sudah hampir tiga bulan berlalu. Bagi kami segala kejadian yang menimpa Along bagaikan mimpi. Tatkala tersedar, malam bagaikan baru bermula. Kami mengharungi kegelapan itu dengan tabah hinggalah ke pagi. Tatkala pagi, sinar keriangan memancar dengan hebatnya diufuk timur. Alhamdulillah Along selamat. Dan Along sendiri sudah tahu kedudukan dia dalam keluarga kami.

"Along bukan anak mak. Along bukan anak abah. Its okay. Along redha," katanya banyak kali. Kedewasaan dia membuatkan semuanya mudah. Angah dan Acik pun tidak sama sekali memandang Along sebagai orang luar.

"Tapi kalau Along nak bersama dengan emak kandung Along, terpulang... " kataku.

"Sayang... kenapa cakap macam tu?" Suamiku mengerutkan kening. "Jangan cakap macam tu lagi abang tak suka!" Tokoknya. "Walaupun tak ada setitik darah kita dalam diri Along tapi abang tak pernah anggap Along orang asing." Mata kami saling merenung. Kemudian perlahan-lahan aku tunduk, kalah.

"Sorry... " kataku perlahan dan melangkah masuk ke bilik. Hati hiba tiba-tiba.

Pejam celik pejam celik sudah banyak yang berlaku dalam keluarga kami. Jadual harian berjalan macam biasa. Luar bisanya ialah pelaku-pelaku dalam keluarga ini. Suami sudah dua kali pindah pejabat dan naik pangkat. Dia makin sibuk nampaknya. Memang berlawan sungguh dengan kesibukanku. Dia meeting malam, esok subuhnya baru kami bertemu. Jika dia balik awal adalah kesempatan kami untuk bertegur sapa seketika sebelum masing-masing terlena. Lumrahnya, dia keluar rumah untuk ke pejabat sebelum aku terjaga. Aneh hidup ini, makin ingin rasa dikasih dan dibelai, semakin masa pula mencemburui...

Sampai bila putaran masa akan jadi begini? Siang kurindui suaranya. Jarang sangat dapat bercakap dengan dia kala di pejabat. Kesibukan merantai diri. Malam pula kurindui wajahnya. Namun kala bersua, bagai kan tak ada apa-apa rasa dalam dada. Apakah ini syndrome pre menopouse. Oh tidak!


Tuesday, August 10, 2004

BERITA BAIK

Salam sejahtera;

Along dah kahwin dan khabarnya akan menimang cahayamata Mac ini.
Angah dah masuk matrikulasi
Abah dah dua kali pindah pejabat & naik pangkat lagi
Mak sibuk giler dengan aktiviti dia
Souraya entah ke mana

dan ...... ada berita baik untuk pembaca semua.
sabar menanti....

| penyumbang |


Sri Diah
mba
Rudy Bluehikari

Kami Member GEJU


Bantuan Teknikal: cnma
JAD Versi Palm oleh: Ibnu Arif


Download Palm Reader(versi Palm, PPC, PC, Mac)
Download JAD dlm format pdf


kemaskini blog

eNOVEL Jangan Ada Dendam
Berapa Kerap JAD Perlu Dikemaskini?

Setiap Hari
2-3 kali seminggu
seminggu sekali
sekali-sekala

 | arkib |


Pengenalan

Siri 1   -   Siri 2   
Siri 3   -   Siri 4   
Siri 5   -   Siri 6   
Siri 7   -   Siri 8   
Siri 9   -   Siri 10  

Siri 11  -   Siri 12  
Siri 13  -   Siri 14  
Siri 15  -   Siri 16  
Siri 17  -   Siri 18  
Siri 19  -   Siri 20  

Siri 21  -   Siri 22  
Siri 23  -   Siri 24  
Siri 25  -   Siri 26  
Siri 27  -   Siri 28  
Siri 29  -   Siri 30  

Siri 31  -   Siri 32  
Siri 33  -   Siri 34  
Siri 35  -   Siri 36  
Siri 37  -   Siri 38  
Siri 39  -   Siri 40  

Siri 41  -   Siri 42  
Siri 43  -   Siri 44  
Siri 45  -   Siri 46  
Siri 47  -   Siri 48  
Siri 49  -   Siri 50  

Siri 51  -   Siri 52  
Siri 53  -   Siri 54  
Siri 55  -   Siri 56  
Siri 57  -   Siri 58  
Siri 59  -   Siri 60  

Siri 61  -   Siri 62  
Siri 63  -   Siri 64  
Siri 65  -   Siri 66  
Siri 67  -   Siri 68  
Siri 69  -   Siri 70  

Siri 71  -   Siri 72  
Siri 73  -   Siri 74  
Siri 75  -   Siri 76  
Siri 77  -   Siri 78  
Siri 79  -   Siri 80  

Siri 81  -   Siri 82  
Siri 83  -   Siri 84  
Siri 85  -   Siri 86  
Siri 87  -   Siri 88  
Siri 89  -   Siri 90  

November 2003
December 2003
January 2004
February 2004
March 2004
April 2004
May 2004
August 2004
October 2004
April 2005
May 2005
August 2006

| buku tetamu |

Visit my Guestbook!

| penafian |

semua tulisan di sini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

| tagboard |

Powered by TagBoard
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Your E-mail: