Wednesday, April 27, 2005

DUA MINGGU PENUH SENGKETA

`...Cinta itu milikku. Cinta itu juga miliknya. Tetapi hak milik bersama ini payah untuk dijaga, sukar untuk diterka. Di kala cinta meraja dalam dada, kita lupa rupanya ada sengketa di celah rasa...'

Tulisan ini sengaja kutulis besar-besar di dalam diari. Penuh dua muka surat. Dua muka surat bermakna menjangkau dua minggu. Sebetulnya ia adalah dua minggu terakhir bulan April. Memang dua minggu kebelakangan ini merupakan dua minggu yang penuh sengketa, dua minggu yang menghimpit dan menghimpun segala masalah. Ia bergumpal dalam dada, berhimpit-himpit dalam jiwa.

Persoalan tentang Along, isterinya dan anaknya, tentang sindrom bisu suamiku, tentang rungutannya terhadap kesibukanku dan paling akhir tentang Roslan, adik iparku. Semua itu menghalau kebahagiaan yang sememangnya payah untuk bertapak dalam perkahwinan kami.

"Tiga hari? Kenapa tak pergi tiga minggu?"
Soalan itu menerjah ke telinga. Ia bukan soalan sebenarnya, tapi berupa sindiran. Malah di telingaku ia berupa hinaan.
Mujurlah kesabaran dan sikap rasionalku semalam tidak memburukkan keadaan. Dia tengah marah, aku tak mahu melawannya dengan kemarahan.
"Pergi enjoy atau pergi kerja?" Soalnya lagi.
Aku masih diam. Menanti sahaja serangannya bertubi-tubi.
Ditangannya masih lagi tergenggam erat sekeping kad nama seorang peguam yang sejak petang tadi gagal dia hubungi. Itu pun juga punca dia marah-marah.
"Jakarta kan tengah kacau bilau? Kenapa nak menempah maut?"
Aku tersenyum... rupanya masih ada lagi rasa kasih dan rasa sayangnya padaku!

Tuesday, April 26, 2005

SIRI 96 - IBU ATAU ISTERI?

SEMENJAK dua menjak ini kehidupan kami sudah hambar. Masing-masing dengan hala tuju sendiri. Along tidak pernah lagi pulang ke rumah kami semenjak menjadi bapa. Jika kami berdua rindukan cucu, kamilah yang terpaksa pergi menemui mereka. Along mungkin berkecil hati dengan maknya. Entahlah budak-budak sekarang, emak Melayu, ayah Melayu, tup-tup nama anak diberikan dengan nama Jepun. Sudahlah emaknya memang tidak begitu serasi dengan Jepun, cucu pertamanya pula dinamakan Hiroshi. Entahlah, Along mungkin mempunyai sebabnya yang tersendiri. Sebagai abah, aku seakan-akan tidak berupaya untuk memberi tunjuk ajar lagi. Sebagai suami, aku tidak lagi berupaya untuk membuatkan isteriku bersabar. Moga-moga sebagai Atok, aku masih boleh melayan kerenah cucu Jepun ini.

Sikap Along yang lebih mementingkan keluarga sendiri, iaitu anak dan isterinya berbanding dengan kami orang tuanya cukup memedihkan. Walau apapun, aku sudah dapat mengagak perkara ini pasti berlaku setelah Along mengetahui siapa dirinya yang sebenar.Setelah kepulangan kami dari Okinawa dulu. Penderitaan yang ditanggung oleh ibu-bapa beginilah aku cuba elakkan dari berlaku terhadap ibuku. Sesudah ayah pergi, ibu terpaksa menguruskan segalanya bersendirian. Hanya sesekali Roslan, adikku yang tinggal berdekatan datang menjenguk. Itupun tatkala dijangka duit pencennya telah dapat dicucuk. Sesekali terfikir, aku akan pencen segera. Aku akan lupakan soal jawatan JUSA. Aku akan kembali ke desa, hidup bersama ibu tercinta. Ah seribu satu persoalan bermain di minda.

"Adik awak tu memang macam tu. Jika dia tidak buat masakan kena tangkap. Usahlah awak menyebelahi dia sangat. Negara kita ada undang-undang. Biarlah mahkamah menentukannya. Jika dia tak bersalah, sudah tentu dia akan dibebaskan. Jangan awak nak persalahkan pihak berkuasa pulak. Mereka hanya menjalankan tugas untuk keamanan dan kesejahteraan sahaj. Itu memang tugas mereka." Isteriku memberi syarahan panjang setelah mengetahui yang aku beriya-iya benar hendak menyediakan peguam untuk membela nasib Roskan yang direman lagi.

"Ini sudah masuk kali ketiga dia direman. Mereka tidak menemui sebarang bukti. Kini Roslan dituduh menjadi penagih pula. Seksyen 15(1) itu boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dideda sehingga RM5000 atau kedua-duanya sekali. Setakat denda saja bolehlah kita tolong bayarkan, tapi kalau dah masuk penjara macamana?. Kalau iya pun ia bukan adik awak, cubalah bersimpati sikit. Budak tu tak bersalah sebenarnya. Urine dia clear. Ini sudah tentu air kencing orang lain yang diambil ni." Aku mula memberi tutorial tambahan kepadanya.

"yalah, yalah. dah tu awak nak baliklah ni?. Saya busy, saya tak boleh ikut. Kirim salam sajalah kat mak awak".

"Mak keseorangan sekarang. Dia bukan perlukan duit kita, dia perlukan seseorang untuk diajak berunding dalam keadaan sekarang. Abang akan pulang menemui emak dan menguruskan pasal adik saya tu".

"Suka hati awaklah. Macamana pulak dengan temu janji kita untuk ke rumah Tan Sri?. Awak dah lupa?.Awak jangan malukan saya pulak nanti. Awak mesti hadir sama nanti".

"Ah sampaikan salam takzim saya, katakan pada Tan Sri yang saya ada perkara penting di desa. Jika saya temuidiapun, bukannya dia nak tolong kes macam ni".

Pintu bilik berdentum dan aku bersendirian menghabiskan sisa kopi di cawan.

| penyumbang |


Sri Diah
mba
Rudy Bluehikari

Kami Member GEJU


Bantuan Teknikal: cnma
JAD Versi Palm oleh: Ibnu Arif


Download Palm Reader(versi Palm, PPC, PC, Mac)
Download JAD dlm format pdf


kemaskini blog

eNOVEL Jangan Ada Dendam
Berapa Kerap JAD Perlu Dikemaskini?

Setiap Hari
2-3 kali seminggu
seminggu sekali
sekali-sekala

 | arkib |


Pengenalan

Siri 1   -   Siri 2   
Siri 3   -   Siri 4   
Siri 5   -   Siri 6   
Siri 7   -   Siri 8   
Siri 9   -   Siri 10  

Siri 11  -   Siri 12  
Siri 13  -   Siri 14  
Siri 15  -   Siri 16  
Siri 17  -   Siri 18  
Siri 19  -   Siri 20  

Siri 21  -   Siri 22  
Siri 23  -   Siri 24  
Siri 25  -   Siri 26  
Siri 27  -   Siri 28  
Siri 29  -   Siri 30  

Siri 31  -   Siri 32  
Siri 33  -   Siri 34  
Siri 35  -   Siri 36  
Siri 37  -   Siri 38  
Siri 39  -   Siri 40  

Siri 41  -   Siri 42  
Siri 43  -   Siri 44  
Siri 45  -   Siri 46  
Siri 47  -   Siri 48  
Siri 49  -   Siri 50  

Siri 51  -   Siri 52  
Siri 53  -   Siri 54  
Siri 55  -   Siri 56  
Siri 57  -   Siri 58  
Siri 59  -   Siri 60  

Siri 61  -   Siri 62  
Siri 63  -   Siri 64  
Siri 65  -   Siri 66  
Siri 67  -   Siri 68  
Siri 69  -   Siri 70  

Siri 71  -   Siri 72  
Siri 73  -   Siri 74  
Siri 75  -   Siri 76  
Siri 77  -   Siri 78  
Siri 79  -   Siri 80  

Siri 81  -   Siri 82  
Siri 83  -   Siri 84  
Siri 85  -   Siri 86  
Siri 87  -   Siri 88  
Siri 89  -   Siri 90  

November 2003
December 2003
January 2004
February 2004
March 2004
April 2004
May 2004
August 2004
October 2004
April 2005
May 2005
August 2006

| buku tetamu |

Visit my Guestbook!

| penafian |

semua tulisan di sini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

| tagboard |

Powered by TagBoard
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Your E-mail: