SUDAH TERBIT...!
Sila layari di http://www.alaf21.com.my
SIRI 99 - ADIKKU MALANG - ISTERIKU TERBANG
'Adik kau telah pergi. Mak telah suruh orang galikan kuburnya di sebelah kubur ayahmu'. Sebak luluh perasanku mendengarkan rintihan mak mengenangkan kemalangan dasyat yang menimpa Roslan. Aku tahu mak kecewa.Aku tahu mak sudah hilang semangat. Roslan adalah satu-satunya anaknya yang tinggal di kampung. Hanya Roslan yang boleh diharap untuk mengait kelapa. Hanya Roslan boleh diharap untuk menyulam atap yang bocor. Roslanlah yang boleh disuruh untuk membayar bil dan mengeluarkan pencen terbitan arwah ayah. Kini Roslan terlantar di ICU HKT. Roslan mungkin dapat disembuhkan, namun hati, perasaan dan jiwa mak mungkin begitu sukar untuk dipulihkan, untuk diyakinkan.
Melihat sendiri akan Honda Civic kepunyaan Roslan yang hancur disodok lori balak membuatkan aku tidak dapat menyalahkan mak. Jika aku berada di pihaknya sekalipun, aku tidak berupaya untuk diyakinkan bahawa Roslan masih hidup. Kereta itu aku yang tolong carikan di Cheras beberapa tahun dulu. Ia adalah pemberian ayah yang terakhir sebelum ia pergi meninggalkan kami.
KT DI MANA ISTERIKU'mana menantu mak?'
'dia ada urusan penting di Jakarta mak. Dia ada berkirim salam pada mak'. Seperti biasa aku berdalih dan seperti biasa juga mak dapat membacanya dari air mukaku.
'Mana Along?. Maca cicik mak?. Pernah kau bawa cicik mak ke sini?'. Bagaikan direntap jantungku mendengarkan rintihan emak. Kami datuk dan neneknya pun jarang bertemu Hiroshi, apatah lagi moyangnya. Oh Along, kau dah buang keluarga kami?.
Sebenarnya tidak ada apa yang boleh dibuat semasa menunggu pesakit di ICU. Bilik dan katil di ICU tidak sama seperti di wad biasa. Walaupun mendapat pas khas menjaga pesakit, waris bukannya dibenarkan masuk ke ICU pada sebarangan waktu. Malahan pada waktu melawat rasmi juga, tiada pelawat yang dibenarkan masuk melawat. Biasanya sisa-sisa waktu begini dihabiskan dengan bersembang kosong. Dihabiskan dengan bertanya khabar dan bercerita tentang pesakit.
Aku bersendirian di HKT ini. Untuk menunggu hari siang, aku membawa novel Cintamu Di Hati yang dihadiahkan oleh Pak Wattan lebih sebulan yang lalu. Sengaja aku tidak baca novel ini sehingga ditandatangani oleh penulisnya Aida Adriani. Aku ke pesta buku di PWTC semata-mata untuk mendapatkan tandatangan penulisnya yang lebih selesa aku panggil Seri berbanding Aida.
'Baca buku apa bang?' sapa seorang pemuda di tempat menunggu HKT
'Oh, baca novel, saja-saja nak habiskan masa' ujar ku.
Pemuda ini memperkenalkan dirinya sebagai kawan Roslan. Kami kemudiannya keluar minum di gerai berhampiran hospital.
'Mahkamah dah bebaskan Roslan. Memang tak ada bukti. Roslan memang dah tak terlibat lagi. Tapi mereka tak puas hati. Mereka berdendam dengan Lan. Drebar lori balak tu di upah sebenarnya untuk langgar Lan. Kesian sungguh Lan'
'Siapa mereka tu' Aku mula mengesyaki sesuatu setelah sekian lama hanya menjadi pendengar setia kepada pemuda ini.
'Orang Kuala Lumpur. Dulu pernah datang rumah abang. Yang pakai kereta BM warna hitam tu. Dialah ejennya, dialah yang paling ligat sekali. Sesiapa yang nak keluar, yang tak mahu terlibat lagi, jarang yang selamat'.
Irwan!.
'Ya, abangpun tahu, dialah orangnya'
Rupa-rupanya aku berdepan dengan 1001 masalah. Irwan tidak habis-habis cuba untuk memusnahkan kehidupanku. Aku mula mengesyaki sesuatu. Plot dan edisi Jakarta juga aku yakin adalah perancangan licik dari Irwan.
KT Di mana isteriku di saat ini?